Utama
Guru Baru
Selamat datang kepada guru-guru yang baru berkhidmat di Sek.Keb.Pasoh 3 ( F ).Warga SKPT mengalu-alukan kehadiran cikgu-cikgu semua. Semoga dengan kehadiran cikgu-cikgu kita dapat bersama-sama merialisasikan wawasan dan matlamat sekolah untuk mendapat keputusan yang lebih baik.
 
Persekolahan 2009
                Pihak pergurusan sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid dan guru-guru.Adalah diharapkan guru-guru dan murid-murid akan lebih bersemangat dan ceria di tahun 2009.
 
UPSR 2008
Lima orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2008.Tahniah diucapkan kepada murid-murid,guru-guru dan kepada semua warga SKPT.Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat dan azam baru murid-murid dan warga kerja  SKPT untuk mendapat kejayaan yang membanggakan di tahun hadapan.
 
Buku Pelawat
Terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Sek.Keb.Pasoh 3 .Sila catatkan cadangan untuk menambahbaik laman web ini dalam menu Buku Pelawat.
 
Gambar Lama

 Kami sedang mengumpul gambar-gambar lama SKPT,kepada pengunjung dan warga Felda pasoh 3 yang mungkin menyimpan gambar lama SKPT diharap dapat mengirimkan gambar tersebut melalui alamat email   Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya .Kami akan menempatkan gambar-gambar tersebut dalam menu gallery.

 

 
Daftar
Jika anda warga Sk Pasoh 3 dan komuniti berdekatan dengan kami, sila daftar sebagai ahli halaman ini, Klik pada perkataan Daftar pada sudut Daftar Pengguna.
 
Bekas Pelajar SKPasoh3

 

Kepada bekas-bekas pelajar SKPasoh 3,Sila daftar pada menu Alumi yang terdapat  pada laman web ini. War-warkan pada rakan-rakan yang lain walau dimana mereka berada supaya mendaftar Alumi pada Laman Web Sekolah.Menu Alumi ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mengesan bekas-bekas pelajar SKPasoh 3.Adalah diharapkan pada tahun hadapan satu perjumpaan untuk bekas-bekas pelajar SKPasoh 3 dapat diadakan.

 
Selamat Datang
SELAMAT DATANG KE HALAMAN SK PASOH 3
 

     

Berita Terkini
Ditulis oleh Nor Azlan Bin Abu Kassim   
Tuesday, 06 January 2009
  : :  Hari Pertama Persekolahan Tahun 2009

         Image

   Pada 5Januari 2009,buat pertama kalinya Sek.Keb.Pasoh 3 ( F ) telah dibuka bagi sesi persekolahan 2009. Ramai ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka ke sekolah terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak di Pra Sekolah dan   di  Tahun 1.Masih ramai lagi ibu bapa yang datang untuk mendaftar anak mereka dan membeli buku tulis walaupun mereka telah dimaklumkan tentang hari pendaftaran pada 02 Januari  yang lepas.
            Pada sesi persekolahan kali ini sekolah mendapat  lima orang guru baru iaitu : 1.    Cik Nursilawani  2.    Cik Wardina   3.    Puan Zalifah
 4.    Puan Zuraimah   5.    Ustaz   Zulhelmi
         Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada guru-guru yang baru bertugas.Begitu juga kepada murid-murid yang baru berpindah ke Sek.Keb.Pasoh 3 ( F ).Semoga dengan kedatangan guru-guru baru dengan azam yang baru akan memudahkan kita semua untuk mencapai kejayaan yang  berganda.

 

Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 06 January 2009 )
 
Perkhidmatan
Ditulis oleh Nor Azlan Bin Abu Kassim   
Sunday, 06 July 2008
  : :  Perkhidmatan Atas  Talian

 

  : :  Pemberitahuan
Terakhir dikemaskini ( Monday, 10 November 2008 )
 
 
Berita Baru
Guru Besar
 
 HJH NOOR AISHAH BT. ABD LATIF 
Persekolahan 2009

 

Koleksi Panduan Guru
Kalendar
Masa
Tinjauan
Anda sukakan halaman ini
 
Tetamu Halaman
Tetamu Ruang Chat